BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 13 Januari 2012

Azam gilaaa ...

Assalamualaikum w.b.t , selamat pagi u alls .. :)

Korang semua tengah wat pe 2 ??? cuti2 nie apa lagi kan , mesti tido smpai ptng ,, hehehe :) yela , penat kan ! sya faham , kehkeh :P ok, pagi nie yun xtau la nape, tiba2 rasa mcm nak wat post nie .. benda nie dah lama yun azam nak wat , cuma xsmpai jodoh lagi nak wat benda nie lagi .. hehe :) serius yun ckp , benda nie yun pendam dari sekolah menengah lagi nak buat . mesti korang semua pikir yun nie gila kn , but benda nie la yg buat yun teringin sangat nak buat .
Back to story , ok yun akan cita kat korang apa benda yang yun teringin sangat nk buat . hehe :) semua dah ready ke nk dengar nie ? kehkeh . ok2 , sebenarnya yun teringin nak ambil ANAK ANGKAT ! ^ _ 6 . yun suka sangat dengan budak2 walaupun muka yun sangat garang , but hati ada taman k ... hehe :) sekarang kan ramai gila remaja2 yang suka hati buang bayi , sedih tau x .. kalau korang hantar dekat rumah pengasih pun ok . hehe , betul ke rumah pengasih , hentam jela k .. bukan tau sangat pun ^ _ ^ . tapi yang sedihnya , tadi yun baru je bukak syarat2 ataupun undang2 untuk mengambil anak angkat . huhu :( nie dia undang2 nk ambil anak angkat . !

Prosedur mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.
*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.
(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.
(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Siapa yang layak mengambil anak angkat?
*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.
Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.
Peringatan:
Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Dah baca kan ?? huhu , yang leh ambik anak angkat ibu tunggal , dengan suami isteri ... tapi saya tidak kawen lagi , lambat lagi la .. tapi insyaallah klu diberi peluang , yun akan ambik anak angkat .. kecian kat diorang kan3 ??? doakan dekat yun k agar azam yun nie akan tercapai satu hari nanti ... :) luv u alls .. <3






Look !! so cute of them :) :) :)




Selasa, 10 Januari 2012

Sekali lagi saya fening !! Fening !!

Assalamualaikum w.b.t and heyy dear blogger .. ! :)

Sesak dada yun masuk blog sekarang nie , banyak sungguh sarang, habuk ... yeela, dah lama xbkk blog jdi mcm nie la kn .. hehehe :D korang semua ok x ? sihat ? rindu la .. bukan rindu korang la , rindu nk update blog .. hahaha , lawak je la .. =p
So, hari nie yun nk cita sal kepeningan yun kt korang semua .. biar korang semua pening dengan perangai yun nie !! hahahax !! *gelak jahat* .. Macam nie , sem nie ad satu subjek 2 ialah event ... so, yun n the classmate kena wat satu event la .. dinner la plk 2 , xbleh blah dowh !! SANGAT !! nk tau x tema dia apa ? huh ! Bollywood kot ... *** hmm , hindu la jadinya yun nie kan .. kehkehkeh .. ! cti raya cina nie baru nak cari barang2 untuk dipakai masa event 2 .. haishh , habis wit aku .. huhu :"( 
Event 2 bila ?? hahaha , 19.2.2012 .. hmm , nk dkt dh .. kitorang wat kt MS GARDEN, KUANTAN.  nt yun update gmbr event 2 k , hehehe saje galok nk bgi korang jeles ... =p

Ok bye bye , saya sudah ngantuk !! gud nite , sweet dream semua .. thx sbb baca .. :) Assalamualaikum . :D